• adi_5167@yahoo.com.my
  • rohadi@myipo.gov.my

    LET'S CHAT

  •    

    << December 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Tuesday, May 30, 2006
    sedih

    sorry la kenkawan, pasal dah lama tak jenguk blog, dah nampak usang dah blog nie, nak buat camana, kat ofis, tak bleh masuk internet, sedih tul....

    Posted at 03:40 pm by adi_rohadi
    Make a comment  

    Monday, August 15, 2005
    FIkir Sejenak-Kisah masyarakat

         Ayam  :     Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

         Lembu :     Kenapa kau kata macam tu?

         Ayam  :     Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

         Lembu :     Hah! Buat apa pulak?

         Ayam  :     Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat

         anak dua tiga ekor.Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de

         nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia  orang    makan

         telor aku, macamana aku nak dapat anak!

         Lembu :     Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

         Ayam  :     ?? Maksud kau?

         Lembu :     Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh

         diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun

         tak pernah panggil aku MAK!

         Ayam  :     ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

       

       

       


    Posted at 10:32 am by adi_rohadi
    Comments (3)  

    Wednesday, August 10, 2005
    suara hati seorang anak

    Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..... Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

    Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

    Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

    Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya?

    Si ayah mula menengking.

    Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

    Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

    Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

    Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

    Si ayah mula menjadi berang d an berkata,

    "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

    Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah

    meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

    "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

    "Terima kasih banyaklah ayah!"

    Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

    "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??

     Dari mana kamu dapat duit tu??"

    Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

    "Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

    "Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

    "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..

    Nah..ayah ambil duit ni.

    Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.

    Amin nak ayah balik kerja awal esok.

    Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

    Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

     

     

     

         

     

     The moral of this story...

     

    Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja

    sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...

    Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2

    dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

    Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.

    Tapi..keluarga, rakan2 yang ki ta tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.....

    Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??


    Posted at 06:07 pm by adi_rohadi
    Comment (1)  

    Next Page